Terkini
recent

SHAH RUKH KHAN kene Prank Biawak Komodo




Nak buat prank pun ada batasnya bukan sampai ke tahap ini. Mungkin itu yang difikirkan Badshah Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) selepas kecewa dengan kaki prank terkemuka dunia dari Mesir, Rames Galal.
Dalam 1 klip video, SRK kelihatan tenang tetapi resah apabila dia bersama seorang wanita dan seorang lelaki terperangkap di dalam pasir jerlus, kemudiannya dihampiri biawak komodo gergasi.

Namun selepas mendapat tahu ia hanya guraun semata-mata, hero Bollywood itu marah dan merajuk dengan krew terutamanya Galal yang juga seorang pelakon komedi dan pengacara rancangan Ramez Underground.

“Ini tak kelakar. Kamu ingat saya datang jauh dari India untuk *** ini?” tanya SRK yang ternyata berang dengan lawak tersebut.
SRK berada kawasan gurun di Dubai untuk 1 temuramah bersama pengacara televisyen Nishan yang turut berlakon dalam prank tersebut.

Pemandu yang membawa mereka berdua seolah-olah hilang imbangan dan terperangkap di dalam pasir jerlus. Kereta itu mula tenggelam bersama ketiga-tiga mereka dan si pemandu dalam keadaan memerlukan pertolongan.

SRK kekal tenang mengendalikan situasi itu di sebalik tindakan pengacara wanita yang menjerit kuat selepas bersemuka dengan seekor biawak komodo gergasi.
Rupa-rupanya Galal yang memakai kostum biawak itu untuk menambahkan elemen “thrill” dalam percubaan prank tersebut.

Apapun, SRK jelas tidak selesa malah lebih marah selepas mendapat tahu ia hanyalah drama untuk mengenakannya.
Menariknya, Galal yang terkenal dengan prank selebriti antarabangsa seperti Paris Hilton dan Antonio Banderas terpaksa sujud di kaki SRK bagi menenangkannya.

SRK pula bertindak menolak Galal dan hampir mahu menumbuknya. “Kamu nak saya buat rancangan ini lebih kelakar?” tanya SRK sambil menolak kaki Galal sehingga dia terjatuh.
Selepas itu, Galal memuat naik sekeping gambar dia bersama SRK, tidak pasti jika ia diambil selepas menenangkannya atau diambil sebelum prank berkenaan dilakukan.

Galal sebelum dikecam selepas dia mengenakan prank terhadap Paris Hilton dengan insiden kapal terbang yang dinaiki mereka hampir terhempas. Ia hanya lakonan yang dirancang lebih awal.
Sama ada prank video SRK ini asli atau palsu, anda sahaja tentukan!






No comments:

Powered by Blogger.