Terkini
recent

Polis Indonesia Letak Sniper Raya Bagi Mengawal Keselamatan Musim Raya


Pasukan elit Brimob

Jakarta: Polis di daerah Jember, Jawa Timur menempatkan beberapa penembak tepat di laluan di sekitar Gunung Gumitir bagi mengawal keselamatan pengguna jalan raya yang pulang ke kampung sempena Aidilfitri.

Ketua polis Jember, Kusworo Wibowo berkata, penembak tepat itu daripada pasukan elit Brimob ditugaskan memastikan laluan itu bebas daripada aktiviti perompak lebuh raya yang dikenali sebagai ‘bajing loncat’.

“Kami menempatkan pasukan penembak tepat bagi memantau aktiviti ‘bajing loncat’ yang aktif di kawasan ini sejak empat tahun lalu.

“Jalan ini menjadi lokasi jenayah kerana menyusuri kawasan pergunungan dan sunyi,” katanya yang dipetik Kompas.com semalam.

Menurutnya, polis dan agensi berkaitan juga bersedia dengan jentera berat bagi berdepan bencana alam terutama kawasan yang berisiko tanah runtuh.

“Kami berusaha sebaik mungkin untuk memastikan pengguna jalan raya selamat sampai ke destinasi masing-masing.

“Kami juga berharap semua langkah yang diambil pihak berkuasa dapat melindungi penduduk sepanjang musim perayaan ini,” jelasnya.

Kementerian Pengangkutan Indonesia meramalkan jutaan penduduk negara itu termasuk 19.04 juta bakal menggunakan pengangkutan awam untuk pulang ke kampung pada tahun ini.


No comments:

Powered by Blogger.