Terkini
recent

Serangan Bersenjata Di Resort World Manila (syarikat Genting Malaysia)



Pihak berkuasa Filipina berjaya mengawal semula sebuah kasino dan hotel di Manila yang ditawan seorang lelaki bersenjata dalam kejadian tengah malam tadi.

Hotel itu juga terpaksa ditutup beberapa jam selepas tengah malam apabila suspek yang dikatakan bertopeng bertindak menyerbu masuk dan melepaskan tembakan.
Insiden memaksa pihak berkuasa mengerah pasukan polis khas ke lokasi berkenaan.

Ketua Polis Filipina Ronald Dela Rosa bagaimanapun percaya insiden tiada kaitan serangan pengganas dan ada kaitan dengan cubaan merompak. Menurut beliau, suspek sehingga kini belum berjaya dikesan.

Tembakan dilepaskan suspek menyebabkan pengunjung panik dan melarikan diri sehingga ada merempuh sesama sendiri.

Ia menyebabkan beberapa pengunjung cedera.












No comments:

Powered by Blogger.