Terkini
recent

Penuntut UPNM Mati Diseksa


JOHOR BAHRU - Bapa penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang meninggal dunia dipercayai akibat didera rakan dengan seterika wap, Khamis lalu, membuat laporan polis hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Katanya, laporan polis itu dibuat oleh Zulkarnain Idrus di Balai Polis Nusa Bestari dekat Iskandar Puteri, Johor Bahru, pada 10.25 pagi.

"Bapa arwah Zulfarhan Osman membuat laporan polis di Balai Polis Nusa Bestari, Iskandar Puteri pagi tadi.

"Laporan itu dibuat kerana tidak puas hati dengan kematian anaknya," katanya.

Zulkarnain bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen, namun sebelum ini memaklumkan keluarganya sudah melantik peguam bagi membela kematian Pegawai Kadet Laut UPNM itu.

Zulfarhan Osman disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 10 malam Khamis lalu, dipercayai didera rakan dengan seterika wap, selain terdapat kesan melecur di dada, tangan dan kakinya, selepas dituduh mencuri komputer riba milik seorang penuntut.

Polis yang mengklasifikasikan kes sebagai kes bunuh menahan 36 penuntut berusia antara 20 dan 21 tahun bagi membantu siasatan kejadian berkenaan.



No comments:

Powered by Blogger.