Terkini
recent

BR1M Fasa 2 Akan Mula Dibayar 5 Jun



PUTRAJAYA 31 Mei - Kerajaan bersetuju untuk pembayaran peringkat kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dibuat mulai 5 Jun ini sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka 25 Jun depan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, bagi permohonan rayuan pula, pembayaran kepada penerimanya dijangka akan dibuat pada 17 Jun ini.


“Kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.


“Pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing, bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Mana-mana pihak yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta email kepada br1m@treasury.gov.my.

No comments:

Powered by Blogger.