Terkini
recent

Suami Isteri Tinggal Dalam Kandang Sebab Tak Mampu Bayar Sewa


AHMAD dan Rosliza menunjukkan pondok mereka.

Jertih: Tidak mampu membayar sewa rumah, seorang tukang rumah mengubah suai kandang lembu untuk dijadikan pondok bagi membolehkannya dan isteri berteduh.

Ahmad Salleh, 59, dari Kampung Alur Saji, Bukit Kenak, dekat sini, bersama isterinya, Rosliza Jusoh, 49, tinggal di pondok berkenaan selepas siap sebulan lalu kerana tidak mempunyai kediaman sendiri.

Menurutnya, dia terpaksa mengubah suai kandang lembu berkenaan untuk dijadikan kediaman kerana sudah lama tinggal di rumah sewa, selain tidak mampu membayar sewa setiap bulan.

Pondok yang dibina sebulan lalu berukuran enam meter panjang dan 4.5 meter lebar sudah cukup dijadikan tempat dia dan isterinya berteduh.

“Saya cuma hadapi masalah bekalan air kerana kami terpaksa guna air perigi yang digali di tepi pondok untuk mandi dan memasak.

No comments:

Powered by Blogger.