Terkini
recent

Bunuh Diri Masuk Mesin Basuh Kerana Kecewa Dengan Cinta


Kecewa Sangat Dengan Cinta

Apabila bertemu dengan seseorang yang dirasakan paling sesuai untuk dijadikan ‘teman sejiwa’, lelaki biasanya akan cuba membuat apa sahaja untuk memenangi hati gadis pilihan hati.

Begitu juga apabila putus. Biarpun bernama lelaki, biasanya si pencinta itu akan mengeluarkan air mata sebab hati tak boleh terima hakikat cintanya ditolak oleh si gadis.

Bagaimanapun, tindakan seorang lelaki yang dikatakan cuba membunuh diri dalam mesin basuh selepas putus cinta dianggap keterlalun dan dalam masa yang sama kelakar oleh netizen.

Dalam kejadian yang berlaku di Filipina itu, lelaki terbabit ditemui oleh rakan-rakannya dalam keadaan mabuk dan sedang menangis di dalam mesin itu.

Menurut rakan-rakannya juga, dia cuba untuk membunuh diri menggunakan mesin itu selepas putus cinta.

Bagaimanapun, dia berjaya diselamatkan oleh rakan-rakannya yang cuma ketawa terbahak-bahak menyaksikan kejadian ‘menyedihkan’ itu.

Rakan kepada lelaki terbabit memuat naik video itu di Facebook yang mana menjadi viral di media sosial itu. Bagaimanapun, tidak dijelaskan betapa seriusnya ‘patah hati’ lelaki berkenaan.


No comments:

Powered by Blogger.