Terkini
recent

Direjam Oleh Polis Kerana Ditangkap Mencuri

Anggota Polis membaling epal sekuat hati menyebabkan badan pencuri berkenaan dilaporkan lebam. 

Cape Town, Afrika Selatan: Lima anggota polis disiasat selepas satu rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan mereka merejam sekumpulan pencuri dengan epal.

Rakaman video itu menunjukkan empat lelaki yang ditangkap mencuri epal diarah berdiri di tepi sebatang jalan di Theewaterskloof di Wastern Cape.

Beberapa anggota polis kemudiannya dilihat mengambil beberapa epal yang dirampas daripada kumpulan pencuri itu dan terus merejam mereka dengan buah berkenaan.

Lelaki itu dilihat cuba melindungi diri dan menjerit kesakitan apabila epal berkenaan yang dibaling mengenai tubuh mereka.

Anggota polis itu dilihat membaling epal berkenaan sekuat hati dan mengenai bahagian belakang, kepala serta kaki pencuri itu.






No comments:

Powered by Blogger.