Terkini
recent

Ketua Sami Gubah Wang Haram


BANGKOK – Beribu-ribu penyokong sebuah aliran Buddha berkumpul di wat mewah bercirikan reka bentuk futuristik yang menjadi ibu pejabatnya semalam ketika polis cuba untuk menahan ketua sami ajaran itu atas tuduhan menipu.

Perbalahan sekian lama antara pihak berkuasa dan Wat Dhammakaya yang berpengaruh di utara Bangkok merupakan krisis terbaharu mendedahkan kepincangan politik di negara itu.

Sejarah Thailand menyaksikan pihak berkuasa keberatan untuk campur tangan dalam hal ehwal golongan sami.

Namun, polis terpanggil untuk lebih mengawasi sami-sami di negara itu susulan skandal dan siasatan rasuah melibatkan sebilangan wat baru-baru ini. Skandal itu termasuk beberapa sami yang didakwa menggunakan jet peribadi, melakukan hubungan seks dan menyeludup anggota haiwan.

Unit siasatan persekutuan Thailand sejak beberapa bulan lalu cuba untuk menyoal siasat ketua sami Wat Dhammakaya, Phra Dhammachayo, 72, berhubung dakwaan dia menerima dana haram 1.2 bilion baht (RM135 juta) daripada pemilik sebuah bank koperasi yang dipenjarakan.

Wat itu yang popular kerana mempunyai kuil utama menyerupai objek terbang tidak dikenali, menafikan ketua sami itu bersubahat dalam pengubahan wang haram dan menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas dan tidak berhati perut.

Pihak pengurusan wat itu berkata, pemimpin mereka tenat dan tidak terdaya untuk disoal siasat polis yang telah mendapatkan waran tangkap daripada mahkamah.



Buddhist devotees sit outside the Wat Phra Dhammakaya temple in Pathum Thani province, north of Bangkok, Thailand






No comments:

Powered by Blogger.